Analisis teknikal pada pasaran Forex memberi anda peluang yang luas untuk mengetahui serta membuat ramalan harga. Jumlah instrumen yang boleh didagangkan pedagang mencecah ratusan jenis. Jika kritikan terhadap indikator berkenaan sela waktu isyarat dibenarkan secara adil, paras sokongan dan rintangan pula didamba kebanyakan orang, termasuklah mereka yang skeptik terhadap analisis teknikal. Ia tidak mengejutkan. Paras Forex adalah tanda aras yang sangat mendapat perhatian semua pedagang, tiada siapa yang terkecuali.
Paras adalah zon abnormal pada carta harga, dan ia begitu hampir dengan perubahan mendadak dalam dinamik sebut harga sesuatu aset. Oleh itu, apabila sesuatu nilai menghampiri paras, respon yang amat jelas akan ditunjukkan: sebut harga yang berubah arah, berpatah balik, tembus, memecut atau bergerak perlahan. Disebabkan perkara ini sering berlaku dengan begitu konsisten, pedagang berpeluang untuk menghasilkan strategi dagangan berdasarkan paras-paras tersebut. Dengan bantuannya, dagangan menjadi lebih aktif, impulsif dan anda mampu memperoleh keuntungan besar dalam tempoh yang singkat.
Mengapa Penanda sangat Efektif
Dagangan di pasaran kewangan dibuat menggunakan sejumlah besar instrumen. Namun, hanya dua bahagian utama saja yang digunakan dalam analisis - teknikal dan fundamental. Buku teks yang membincangkan tentang perkara ini sering ditulis dan dicetak dalam pelbagai bahasa di serata dunia. Ia mewujudkan satu ruang pembelajaran bersepadu bagi semua pedagang dan juga pelabur. Justeru, berpandukan pada algoritma tindakan yang hampir sama, majoriti pedagang seperti anda sendiri akan melihat pada paras Forex dan meletakkan nilai dagangan mengikut arah pergerakannya.
Selain daripada algoritma tindakan yang sama, jangan lupa tentang cara pengiraan yang ringkas. Sebagai contoh, sewaktu pedagang memilih kedudukan untuk membuat Stop Loss, lebih mudah bagi mereka untuk menumpukan pada paras yang dibundarkan. Ianya lebih menyenangkan kerana tiada siapa memiliki masa untuk pengiraan mata yang tepat - semuanya dibundarkan saja.
Sebab ketiga adalah berkenaan polisi kewangan. Setiap ketua Bank Pusat dan kerajaan sesuatu negara itu telah menetapkan koridor nilai yang menjadi asas kepada belanjawan mereka. Penembusan sempadan koridor biasanya akan menyebabkan campur tangan penggubal dasar.
Jenis-Jenis Paras dan Perbezaannya
Terdapat pelbagai cara untuk membuat pengiraan paras, dan hasilnya, terdapat jenis yang berbeza-beza. Jika kita mengkategorikan mereka mengikut syarat-syarat tertentu, kita boleh bezakan jenisnya mengikut kumpulan utama seperti berikut: melintang, landai, dinamik. Perbezaan paling utama adalah cara penghasilannya, serta bilangan elemen yang diperlukan.
Cara Penghasilan Paras Melintang
Untuk menandakan sesuatu paras, platform dagangan anda haruslah mempunyai perkakas melukis. Broker NordFX menawarkan platform paling popular di dunia kepada para pelanggannya - MetaTrader 4 (MT4). Antara Iain, garis melintang juga termasuk dalam perkakas grafik yang dimilikinya.
Paras rintangan serta sokongan dihasilkan pada titik sejarah jika berlakunya perubahan arah pergerakan melebihi sekali sebelum itu. Paras sokongan dilukis merentasi paras terendah pada tempoh masa itu, manakala paras rintangan pula dilukis merentasi paras tertinggi.
Bagi kebanyakan orang, pertanyaan yang sering diajukan ialah pada harga manakah garis perlu dilukis. Tiada beza pada asasnya. Paras ditanda pada kedua-dua ‘badan’ dan juga bayang-bayang corak lilin. Disamping itu terdapat juga konsep zon, justeru adalah normal jika wujudnya sisihan beberapa mata. Tambahan lagi, lebih panjang tempoh masa, lebih lebar zon tersebut.
Contoh paras Forex yang melintang ditunjukkan pada Rajah 1:
Paras condong
Paras jenis ini tiada bezanya dengan paras sebelum ini jika mengambil kira kesan terhadap nilainya. Perbezaan penting adalah sudut garisan. Ia dilukis pada kedudukan tertinggi/terendah pada sesuatu tempoh masa dan bergantung pada arah pergerakan trend. Syarat utama untuk menggunakannya ialah nilai sesuatu aset itu perlu melantun. Memiliki dua puncak sudah memadai untuk mendapatkan parasnya. Ia adalah syarat berbentuk geometri ringkas bagi mencari garis segmen.
Dari sudut bahasa, ia juga digelar sebagai garis trend. Jika garis itu dilukis bersebelahan secara selari, anda boleh mengenal pasti saluran nilai. Contohnya seperti di bawah pada Rajah 2:
Ia hanya digunakan untuk satu tujuan - untuk mencari titik masuk. Sukar bagi mereka untuk menentukan nilainya. Jangan lupa, apabila menggunakan paras condong, puncak kedudukan mestilah konsisten, iaitu di atas (bagi pasaran berkembang) atau di bawah (bagi pasaran menurun) setiap satunya.
Dinamik
Dalam pemahaman biasa, paras adalah suatu penanda. Walau bagaimanapun, kemajuan yang dikecapi kini berbeza daripada apa yang buku teks pada tahun 80an dan 90an tunjukkan. Selain penanda, teknik indikator mula popular: Moving Average, Envelopes, Donchian Channel, Bollinger Bands.
Ciri utama yang ada pada mereka ialah kadar turun naik yang tidak menentu dan disusun semula mengikut kadar nilainya. Kedua-dua ciri itu adalah kekuatan dan juga kelemahannya.
Prinsip untuk mendapatkan paras melintang dan dinamik adalah berbeza, namun sifat dan prinsip penggunaan adalah sama. Contohnya (Rajah 3), kami cadangkan anda mempelajari antara indikator yang paling popular, Moving Average, dan cuba dapatkan paras yang ada:
Perbezaan Antara Sokongan dan Rintangan
Kadang-kala pedagang baru tidak berapa jelas dalam menentukan yang mana sokongan dan memanggilnya sebagai rintangan, dan juga sebaliknya. Kedua-duanya memiliki ciri yang sama dari segi amalan dagangan. Arah pergerakan nilai berubah dari kedua-dua paras, dan bergerak laju setelah berjaya melepasinya. Namun, perbezaan di antaranya masih ada: ia adalah posisi harga yang relatif dengan paras pergerakan itu.
Sokongan adalah paras di mana harga akan bergantung semasa ia bergerak. Ia menghubungkan paras-paras yang rendah dan wujud apabila pedagang tidak boleh, atau tidak mahu menjual instrumen kewangan mereka pada harga yang lebih rendah. Sebaliknya, rintangan adalah paras yang menghubungkan paras-paras tinggi yang ada di pasaran dan wujud di laluan pertumbuhan, menghalang nilainya daripada terus meningkat.
Dalam kedua-dua kes, penting untuk mempertimbangkan trend apakah yang ditanda. Kedua-duanya boleh berubah kedudukan semasa penembusan berlaku. Contoh bagaimana paras sokongan boleh berubah menjadi rintangan adalah seperti di bawah (Rajah 4):
Cara Mendapatkan Paras Sokongan dan Rintangan Forex
Terdapat pelbagai cara untuk anda mencari paras pada carta bagi mana-mana tempoh masa. Pedagang profesional biasanya akan melukisnya dengan cepat secara manual menggunakan perkakas carta bantuan yang sedia ada pada terminal MT4. Walau bagaimanapun, agak sukar bagi pedagang baru untuk melakukan perkara yang sama. Bagi memudahkan tugas itu, indikator bantuan contohnya seperti Fractals atau ZigZag, akan digunakan, dan ia akan menunjukkan paras terendah/tertinggi dalam carta mengikut tempoh masa anda secara automatik.
Formula seperti Pivot, Murray, Fibonacci juga digunakan untuk mengira paras sokongan dan rintangan. Ia digunakan sebagai indikator pengguna yang berasingan. Ingat bahawa terdapat banyak lagi indikator yang boleh digunakan untuk semua jenis penanda tanpa memerlukan penglibatan anda. Kebanyakannya sudah pun disepadukan ke dalam MetaTrader 4, menjadikan analisis pasaran lebih mudah.
Bagaimana Paras Digunakan dalam Strategi Dagangan
Corak pergerakan nilai yang hampir dengan paras sokongan mahupun rintangan membolehkan ia diguna untuk tujuan yang berbeza. Antara tujuan paling penting dalam menghasilkan strategi dagangan adalah fungsi isyarat. Dalam hal ini dagangan berlaku semasa nilainya pulih semula daripada paras, atau menembusinya. Terdapat juga jenis dagangan yang bercampur-campur, ia mengandungi lain-lain isyarat bagi membuka atau menutup posisi.
Kaedah dagangan paras mungkin berbeza-beza. Dagangan konservatif, disokong kebanyakan penulis-penulis buku teks, adalah dagangan yang melibatkan pergerakan trend, manakala dagangan agresif pula melibatkan posisi dibuka pada arah pergerakan trend serta arah yang bertentangan. Setiap teknik ada kebaikannya, tetapi seseorang itu harus mempertimbangkan tentang kekukuhan paras yang akan mereka hadapi. Kebarangkalian untuk melepasi paras kukuh amatlah rendah, justeru dalam hal ini lantunan akan berlaku. Paras lemah yang hanya memiliki sedikit sentuhan saja akan dilepasi oleh pergerakan nilai licin seperti memotong mentega. Justeru, kemungkinan untuk berlakunya penurunan pada paras lemah adalah sangat tinggi. Walaupun penembusan palsu sering berlaku pada Forex - hal dimana harganya seperti sudah bergerak keluar daripada zon sokongan atau rintangan, ia seharusnya meneruskan pergerakan tersebut, namun berpatah balik dan kembali ke kedudukan sebelumnya.
Ada waktunya apabila kekuatan pedagang dalam menaikkan atau menurunkan harga sesuatu aset agak sama, penyatuan nilai boleh berlaku. Jika anda lihat nilai aset itu ditekan seperti spring - penyatuan ada untuk anda. Kita harus jangkakan pada suatu tahap spring ini akan terlepas, dan perubahan mendadak nilai serta peningkatan turun naiknya akan mula kelihatan.
Menentukan Stop Loss dan Take Profit
Menurut kebanyakan pedagang, sesuatu strategi dagangan tanpa Stop Loss adalah ibarat sebuah bom. Pedagang baru berasa ragu-ragu di mana sepatutnya ia diletakkan, kerana terdapat kemungkinan harga yang diinginkan akan mengena tanpa sengaja. Sangat mengecewakan apabila melihat order yang anda tutup menggunakan Stop Loss, tiba-tiba harganya berubah dan selepas itu nilainya bergerak ke arah yang sepatutnya memberi pulangan. Disebabkan itu menjadi kebiasaan untuk meletakkan Stop Loss lebih beberapa mata daripada paras yang paling hampir. Harus diingat jarak beberapa mata ini bergantung kepada tempoh masa yang anda gunakan. Lebih besar tempoh masa, lebih besar jaraknya. Sebab itu, jarak yang diguna sebagai ukuran untuk tempoh masa H4 adalah dozen mata, dan ia tidak membentuk garis tetapi zon sokongan/rintangan. Ia juga mungkin bergantung kepada pasangan matawang Forex yang dipilih, serta turun naik semasa di pasaran.
Selain Stop Loss, paras juga diguna untuk menyelesaikan satu lagi tugasan - untuk menentukan nilai sebagai penetapan untung. Take Profit apabila dagangan dibuka juga menggunakan prinsip sama seperti yang dinyatakan di atas. Namun, ia diletakkan pada arah order dibuka, dan bukan sebaliknya. Di sini, konsep zon sekali lagi perlu diambil kira, kerana seperti perselisihan beberapa mata yang melepasi paras (penembusan palsu), perselisihan beberapa mata yang sama juga mungkin tidak akan mencecah paras tersebut.
Banyak strategi dagangan yang telah dihasilkan pada paras sokongan dan rintangan Forex, keberkesanannya juga dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah ketepatan sebut harga, saiz spread, kepantasan pelaksanaan dagangan, dll. Di sinilah pelanggan NordFX memiliki kelebihan, kerana broker tersebut telah menyediakan antara suasana dagangan terbaik yang ada di pasaran.
Kelebihan dan Kelemahan
Terdapat beberapa kelebihan serta kekurangan apabila menggunakan paras rintangan dan sokongan Forex. Kelemahannya adalah seperti berikut:
- Wujud pergerakan menurun yang palsu;
- Wujud perselisihan (backlash), iaitu garis nipis yang berada di dalam zon sokongan/rintangan, lebar garisan bergantung kepada beberapa faktor: pasangan matawang yang didagangkan, tempoh masa serta situasi semasa pasaran. Semua itu menyukarkan penetapan order serta untuk membuka dan menutup posisi dagangan.
Kelebihannya adalah seperti di bawah:
- Ia memiliki banyak maklumat tentang dinamik pasaran;
- Anda boleh menentukan koridor harga, titik masuk dan keluar pasaran;
- Boleh diguna pada mana-mana tempoh masa untuk mana-mana instrumen dagangan;
- Ada pelbagai perkakas carta dan indikator yang menentukan paras ini secara automatik. Kebanyakannya sudah tersedia pada terminal MT4;
- Banyak solusi yang sudah siap dibuat - skrip dan robot penganalisis yang membuat dagangan secara separa automatik atau automatik sepenuhnya menggunakan data paras;
- Kebolehan untuk memasukkan sebarang strategi dagangan;
- Sebahagian besar isyarat dihasilkan pada setiap tempoh masa.
Hanya berlatih mampu mengajar anda bagaimana untuk menggunakan paras sokongan dan rintangan secara efektif. Bagi mendapatkan pengalaman yang diperlukan tanpa sebarang kos, kami syorkan anda menggunakan akaun demo syarikat broker NordFX. Ia boleh dibuka secara percuma, dan pendaftaran hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Kembali Kembali