Polisi AML/CTF
POLISI AML DAN CTF NORDFX
Adalah menjadi polisi NFX Capital Vu INC (selepas ini dirujuk sebagai “NordFX) untuk mengharamkan dan menghalang secara aktif aktiviti penggubahan wang haram, pembiayaan pengganas, dan mana-mana aktiviti lain yang membantu wang haram digubah atau membiayai para pengganas atau aktiviti jenayah lain dengan mematuhi dan melaksanakan semua undang-undang yang tertakluk di dalamnya
Penggubahan wang haram adalah perbuatan menukar nilai wang atau material lain yang diperoleh dari aktiviti haram (pengganas, urus niaga dadah, penjualan senjata haram, rasuah, penyeludupan manusia, dll) sebagai wang atau pelaburan yang sah. Aktiviti seperti itu dilakukan kerana sumber berkenaan tidak boleh dijejaki. NordFX memiliki standard yang ketat dan telus serta sering ditambah baik supaya kami dapat memastikan undang-undang berkenaan AML dan CTF serta peraturan global dapat dipatuhi
- Nord FX mendokumenkan dan mengesahkan data pengenalan Pelanggan dan juga mencatat serta mengesan semua transaksi yang dibuat Pelanggan.
- Nord FX akan menjejak transaksi pelanggan yang mencurigakan dan transaksi yang dilaksana tanpa mengikut standard biasa. Nord FX akan mengambil tindakan sebagaimana yang disyorkan oleh AML/CTF/FATF.
- Nord FX tidak menerima deposit mahupun pengeluaran tunai dalam apa jua keadaan.
- Nord FX berhak untuk tidak memproses transaksi pada bila-bila masa, jika dipercayai ia berhubung kait dengan penggubahan wang haram atau aktiviti jenayah. Selaras dengan undang-undang antarabangsa Nord FX tidak perlu untuk memberitahu Pelanggan bahawa aktiviti mereka telah dilaporkan pada pihak berkuasa.
Nord FX komited untuk sentiasa mengemaskini sistem elektroniknya terhadap pemeriksaan transaksi yang mencurigakan serta pengesahan rekod pengenalan pelanggan, selaras dengan mana-mana peraturan baru yang baru diumumkan, serta menyediakan latihan untuk para pekerjanya dalam menambahbaik prosedur anti penggubahan wang haram yang diperlukan.
Syarat-Syarat Membuka Akaun
- Passport, kad pengenalan atau ID kerajaan yang sah
- Bil telefon/internet/cukai atau bil utiliti, penyata bank (tidak melebihi 3 bulan)
NordFX berhak untuk menolak permohonan mana-mana pelanggan atau entiti sah yang tidak konsisten dengan pematuhan undang-undang serta peraturan yang tertakluk dengan Polisi AML/CTF
Pemantauan Senarai Sekatan
NordFX sangat komited untuk membendung aktiviti penggubahan wang haram serta pembiayaan kumpulan pengganas dan tidak mempunyai pendekatan risiko AML/CTF dengan pelanggan atau entiti sah seperti yang tersenarai pada senarai terbuka di bawah ini:
- Financial Action Task Force (FATF)
- The United Nations Security Council Sanctions List (UN)
- The Consolidated List of European Union Financial Sanctions (EU)
- Eastern and Southern African Money-Laundering Group
- FINTRAC
- FIC (South Africa)