EUR/USD: Tertumpu pada Pasaran Buruh di AS
- Peristiwa penting pada minggu lalu adalah mesyuarat oleh dua penggubal dasar iaitu Rizab Persekutuan AS dan juga Bank of England. Para pelabur juga sudah pastinya berminat dengan data daripada pasaran buruh AS, termasuklah indikator penting seperti NFP, iaitu bilangan pekerjaan yang ada bukan dalam sektor agrikultur.
Seperti dijangka, pihak Rizab telah mengumumkan penamatan program pelonggaran kuantitatif mereka yang berjumlah $120 bilion bermula pada bulan ini. Pembelian bon perbendaharaan dijangka akan menjadi $70 bilion, turun $10 bilion, bon hartanah - turun $5 bilion, menjadi $35 bilion. Jumlah pengurangan pembelian semula aset kekal sebanyak $15 bilion untuk bulan Disember.
Ketika memberi komen mengenai keputusan mesyuarat itu, ketua Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell berkata ini bukanlah masanya untuk menaikkan kadar faedah kerana pasaran buruh masih belum lagi pulih sepenuhnya, dan mengikut unjuran ia akan berlaku pada pertengahan tahun 2022. Pihak Rizab akan sabar menunggu hingga tibanya hari itu. Dalam masa yang sama, Powell maklum bahawa kelajuan kadar pengurangan insentif boleh diubah sama ada ditambah atau dikurangkan pada awal tahun hadapan bergantung pada keadaan ekonomi.
Dapat difahami dari kenyataan ketua Rizab Persekutuan ini bahawa pihak penggubal bersedia dengan pelan keluar, dan buat masa sekarang tiada siapa patut menjangkakan polisi kewangan yang sangat longgar ini akan ditamatkan dengan lebih awal. Tafsiran ini sekali lagi telah menolak kadar indeks saham ke atas, dan sekali lagi Dow Jones, S&P500 serta Nasdaq memperbaharui paras tertinggi mereka.
(Sila maklum buat pertama kalinya, transaksi ke atas NASDAQ 100 (Ustec.c) telah membantu seorang pedagang untuk menjadi salah seorang pelanggan NordFX paling produktif bulan ini, memperoleh pulangan sebanyak $38,124 untuk bulan Oktober).
Jadi, Bank Negara AS sudah bersedia untuk membuat keputusan dan mengubahnya bergantung kepada keadaan pasaran. Tidak seperti pihak Rizab Persekutuan, Bank Negara Kesatuan Eropah pula percaya pasaran tidak menunjukkan keadaan yang sebenar. Pada hari Rabu, 3 November, Presiden ECB iaitu Christine Lagarde berkata Jawatankuasa Pentadbiran bank berkenaan telah memformulasikan dengan jelas tiga syarat untuk menaikkan kadar faedah, dan ketiga-tiga syarat itu belum lagi dapat dipenuhi pada tahun 2022.
Para pelabur juga tidak gembira dengan statistik makro dari Eurozone. Kadar PMI (Indeks Pengurusan Belian) Komposit susut untuk bulan ketiga berturut-turut, dan jumlah order industri di Jerman untuk bulan September hanya naik sebanyak 13%, walaupun jumlahnya susut sebanyak 8.8% pada bulan Ogos. Peningkatan hasil bon kerajaan di negara-negara Eurozone akibat jualan aktif juga dilihat membimbangkan, jualan seperti ini mengingatkan pasaran kepada prospek untuk berlakunya krisis hutang.
Kesemua faktor-faktor ini telah memberi tekanan kepada mata wang Eropah yang biasa hingga menyebabkan nilainya susut, hasilnya pasangan EUR/USD telah memperbaharui paras terendah yang dicapai pada bulan Oktober lalu.
Tertumpu pada pemulihan pasaran buruh, ketua Rizab Persekutuan telah menggariskan beberapa keutamaan dalam organisasinya. Melihat pada keadaan ini, dinamik pergerakan NFP (Non-Farm Payroll) menjadi lebih penting. Laporan mengenai kadar pekerjaan bukan dalam sektor pertanian di AS ini biasanya dikeluarkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan, kali ini jatuh pada 5 November. Menurut data tersebut, bilangan pekerjaan baru untuk bulan Oktober adalah 531K (nilai diunjur adalah 425K dan jumlah sebelum ini adalah 312K). Selain itu, kadar pengangguran turun daripada 4.8% kepada 4.6% pada bulan September. Kadar indeks saham melonjak lebih tinggi berdasarkan faktor-faktor ini. Bagi pasangan EUR/USD, setelah mengalami pembetulan, ia mengakhiri sesi dagangan mingguan pada paras 1.1567.
Sudah pastinya, kebanyakan indikator pada D1 menunjukkan penurunan. Ianya 100% dalam kalangan indikator trend. Hal yang sama berlaku pada pengayun. Walau bagaimanapun, 10% daripada mereka mengambil pendirian neutral, 10% pula berada di zon lebihan jualan dan 10% lagi memilih pertumbuhan menjelang hujung minggu.
Bagi penganalisis pula, 25% bersetuju dengan pertumbuhan pasangan ini, peratus yang sama memilih penurunan, manakala 50% memilih pergerakan mendatar. Sokongan berada pada paras 1.1535, 1.1500, 1.1485, 1.1425 dan 1.1250. Rintangan berada pada paras 1.1575, 1.1615, 1.1665, 1.1715, 1.1800, 1.1910.
Bagi statistik makroekonomi yang bakal dikeluarkan, data pasaran pengguna di Jerman dan juga di Amerika Syarikat akan diketahui pada hari Rabu, 10 November, manakala indeks awal keyakinan pengguna oleh University of Michigan akan diumumkan pada hari Jumaat, 12 November. Indeks ini menjadi indikator kepada keyakinan pengguna di AS terhadap pertumbuhan ekonominya serta menilai kerelaan mereka untuk membelanjakan wang.
GBP/USD: Kejutan oleh Bank of England
- Ancaman stagflasi, ditambah dengan pertumbuhan kadar KDNK yang lemah serta kadar inflasi yang tinggi membahayakan ekonomi di Britain kerana negara itu masih menerima tekanan kesan daripada Brexit. Menurut unjuran para penganalisis di Bank of England, kadar inflasi tahunan akan melonjak sehingga 5% menjelang April 2022 dan akan turun kepada 2% iaitu kadar sasaran selewat-lewatnya hujung tahun 2022. Kadar itu amat tinggi, dan beberapa hari sebelum berlangsungnya mesyuarat Bank of England, Andrew Bailey selaku ketuanya menyatakan dengan bacaan indikator seperti itu, pihaknya mungkin perlu mengambil tindakan dan kadar faedah perlu dinaikkan lebih awal daripada jangkaan. Disebabkan itu, pasaran percaya pihak penggubal akan menaikkan kadar faedah utama mereka pada bulan November dan… jangkaan itu telah menipu mereka.
Jawatankuasa Polisi Kewangan (Monetary Policy Committee atau MPC) Bank of England yang membuat undian semasa berlangsungnya mesyuarat pada hari Khamis, 4 November bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah sama seperti sebelum ini iaitu 0.1% dengan tujuh undi berbalas dua, manakala enam undi berbalas tiga bersetuju untuk mengekalkan jumlah pembelian semula aset pada nilai £895 bilion. Para pelabur yang kecewa dengan penggubal dasar itu memberikan respon mereka dengan menyusutkan nilai pound. Pasangan GBP/USD mencecah kedudukan terendah mingguannya pada paras 1.3425, turun 270 mata. Paras terakhirnya minggu lalu ialah 1.3490.
Memberikan respon terhadap kritikan yang mengatakan beliau mengelirukan para pelabur, Andrew Bailey berkata “kami tidak menjanjikan kenaikan kadar faedah pada bulan November” dan “bukan tugas saya menguruskan keadaan di pasaran.” Menjelaskan dengan tenang, Sylvana Tenreiro, seorang ahli luar Jawatankuasa Polisi Kewangan Bank of England percaya bahawa Bank Pusat negara berkenaan tidak seharusnya memberi reaksi terhadap situasi mengejut jangka pendek dan masalah kekurangan bekalan barangan pula akan bertambah baik pada tahun hadapan. Pendirian berbeza diambil Timbalan Ketua Bank iaitu Dave Ramsden yang berkata beliau memilih untuk menaikkan kadar faedah, dan masalah kekurangan tenaga buruh pula menjadi semakin ketara.
Sesetengah penganalisis maklum, jangkaan London untuk memutuskan sama ada akan mengenakan Artikel 16 Perjanjian Meninggalkan EU semakin bertambah. Rangka kerja artikel ini ada menyebut salah satu pihak dibenarkan untuk menggantung sebahagian daripada transaksi Brexit jika penggunaannya menyebabkan kemerosotan ekonomi atau lain-lain kesukaran. Dengan itu, respon yang akan diberi pihak EU mungkin lebih bersifat radikal berbanding yang dijangka kerajaan UK. Situasi ini akan terus memberi tekanan berpanjangan kepada pound.
Data awal KDNK di UK untuk Q3 akan dikeluarkan pada hari Khamis, 11 November. Data itu bersama-sama dengan statistik makro dari AS mungkin alam memberi kesan terhadap sentimen pasaran. Sementara itu, pendapat penganalisis adalah seperti berikut: 55% menjangkakan bear akan menang, 35% lagi bersama-sama dengan analisis grafik pada D1 menyokong bull, manakala baki 10% pula berpendirian neutral.
Dalam kalangan pengayun pada D1, 75% adalah berwarna merah, 25% menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan jualan. 100% indikator trend berwarna merah. Sokongan berada pada paras 1.3470, 1.3420, 1.3380, 1.3200, sasaran bear adalah 1.3135. Rintangan dan juga sasaran bull berada pada paras 1.3510, 1.3570, 1.3610, 1.3735, 1.3835.
USD/JPY: Trend Mendatar Lagi
- Carta untuk tiga minggu sebelum ini yang menunjukkan momentum pasangan USD/JPY ke atas telah habis, dan kini ia bergerak mengikut arah kegemarannya: trend mendatar, terhad dalam julat antara 113.40-114.40. Nilai yen naik disebabkan oleh hasil bon 10 tahun Perbendaharaan yang susut kepada 1.53% dan terus kukuh sehingga hujung minggu bekerja, mengakhirinya di sempadan bawah saluran ini.
Situasi sekarang dengan jelas mengesahkan perbezaan pendapat dalam kalangan penganalisis dan juga bacaan indikator. Dalam kalangan penganalisis, 50% percaya pasangan ini akan kembali ke sempadan atas saluran antara 113.40-114.40, 25% lagi bersetuju dengan pergerakan di sepanjang Pivot Point 113.00, manakala baki 25% pula memilih penurunan di sekitar 112.00. Perlu diingat, apabila beralih daripada ramalan mingguan ke bulanan, bilangan mereka yang menyokong penurunan bertambah kepada 50%.
Pendapat dalam kalangan pengayun pada D1 bercanggah sepenuhnya: 35% menunjukkan pertumbuhan, 40% menunjukkan penurunan, 15% memberi isyarat lebihan jualan dan baki 10% lagi memilih kelabu neutral. Bacaan indikator trend menunjukkan peratusan yang sama banyak: 50% menunjukkan warna hijau, dan 50% lagi menunjukkan warna merah. Rintangan berada pada paras 113.70, 114.40, 114.70 dan 115.50, sasaran jangka panjang bull adalah paras tertinggi Disember 2016 iaitu 118.65. Sokongan paling hampir berada pada paras 113.25, sasaran berikutnya adalah 112.00 dan 111.65.
MATA WANG KRIPTO: 9 Halaman yang Bakal Mengubah Dunia
- 13 tahun lalu, pada 31 Oktober, 2008, seseorang atau sekumpulan orang yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto telah menerbitkan kertas kerja berkenaan bitcoin. Dokumen teknikal sembilan halaman itu menjelaskan bagaimana sistem bayaran peer-to-peer yang akan merevolusikan dunia teknologi kewangan berfungsi. Rangkaian bitcoin telah dilancarkan pada Januari 2009. Satoshi Nakamoto dilaporkan hilang pada April 2011, dan orang ramai tidak akan tahu siapa sebenarnya yang menulis 9 halaman laporan yang menjadi petanda bermulanya industri jutaan dolar. Lebih tepat lagi, trilion dolar kerana jumlah keseluruhan modal pasaran kripto mencecah nilai tertinggi dalam sejarah pada minggu lalu, mencecah $2.7 trilion.
Namun penguasaan bitcoin sekali lagi menurun: indeks dominasinya turun daripada 44.15% kepada 42.84% sepanjang minggu. Nilai tertinggi bitcoin iaitu $66,925 yang direkodkan pada 20 Oktober lalu masih lagi belum dapat diatasi. Bull ada membuat percubaan untuk memperbaharui nilai itu pada hari Selasa, 2 November, tetapi setelah mencecah paras $64,260, pasangan BTC/USD mengubah arah pergerakannya dan turun semula ke paras $60,000. Indeks Fear & Greed Kripto masih lagi berada di zon Greed pada bacaan 73 mata (70 mata pada minggu lalu).
Sementara mata wang kripto utama mengambil masanya, kebanyakan pelabur mengalihkan perhatian mereka kepada altcoin. Nilai Ripple (XRP/USD) naik, manakala pasangan ETH/USD sekali lagi memperbaharui kadar tertingginya, mencecah $4,657 pada hari Rabu, 3 November.
Dalam kalangan altcoin terkenal, Ethereum menjadi tumpuan disebabkan oleh sejarahnya serta penggunaannya dalam pelbagai projek. Pendorong utama kepada pertumbuhannya beberapa bulan kebelakangan ini adalah pembakaran coin pada rangkaian dan juga hakikat bahawa kadar pembakarannya itu melebihi kadar pengeluarannya. Walau bagaimanapun, setelah hard fork London diaktifkan dan Ethereum 2.0 Altair mendapat kemas kini terbarunya, komisen yang perlu dibayar pada rangkaian naik sekali ganda, tetapi pembangunnya berjanji akan menyelesaikan masalah ini.
Minggu lalu adalah minggu keenam berturut-turut sejak kadar Ethereum mula naik, menambah 75% lagi nilainya sejak 21 September lalu. Token ini sekarang dilihat menyasarkan paras $5,000. Itu bukanlah penghujungnya. Jadi penganalisis kripto terkenal yang dikenali sebagai CryptoRUs menjangkakan nilai ETH akan mencecah $10,000 tidak lama lagi. Tambahan pula, beliau yakin mungkin inilah peluang terakhir untuk membeli altcoin tersebut di bawah paras itu. Unjuran para penganalisis di Goldman Sachs berada di tengah-tengah, mereka tidak mengecualikan kadar pasangan ETH/USD mungkin akan naik ke paras $8,000 menjelang akhir tahun nanti.
Pastinya, tidak adil untuk mengatakan pasaran sudah melupakan sepenuhnya tentang bitcoin. Kebanyakan pelabur dan penganalisis masih lagi menggemari mata wang kripto itu. Menurut Chainalysis, para jerung telah menambah 142,000 BTC ke dalam walet mereka pada minggu terakhir bulan Oktober saja.
“Bitcoin adalah matematik, pengiraan matematik tulen” yang memiliki tahap-tahap kebolehramalan sendiri. Justeru, nilainya mendahului dolar AS. Kenyataan tersebut dibuat oleh Steve Wozniak, pengasas bersama syarikat Apple dalam temu bualnya bersama Yahoo Finance baru-baru ini. Beliau berpendapat, penggubal dasar boleh menghasilkan wang kertas baru sesuka hati mereka, dan disebabkan itulah amat sukar untuk membuat unjuran kadar inflasi wang fiat.
Pengarang buku “Rich Dad Poor Dad”, penulis yang juga pelabur iaitu Robert Kiyosaki telah mengkritik barisan pentadbiran Presiden Joe Biden, sama seperti Steve Wozniak, dan telah menyatakan rasa tidak percaya terhadap kerajaan persekutuan AS. Beliau percaya pihak berkuasa negara itu telah “menipu rakyat”, mempromosikan inflasi dan tidak cuba untuk mengurangkannya. Bersedia untuk kemerosotan ekonomi dan kemelesetan yang baru. Jadi orang yang bijak. Beli emas, perak dan bitcoin,” desak Kiyosaki. “Saya suka bitcoin kerana saya tidak lagi percaya dengan Rizab Persekutuan, Perbendaharaan Negara dan juga Wall Street.”
Dalam temu bualnya bersama Bitcoin Fundamentals, penganalisis kripto dari China iaitu Willie Woo berkata pertumbuhan “bullish” bitcoin yang berlaku kali ini agak berbeza dengan kitaran untuk tempoh yang sama sebelum ini. Woo sedar dengan gelombang pengumpulan BTC baru yang bermula pada hujung tahun lalu, apabila pelabur berinstitusi mula memasuki pasaran kripto dengan tujuan mengumpul aset digital tersebut untuk jangka masa panjang. Beliau merasakan atas faktor inilah kitaran pertumbuhan nilai yang berlaku sekarang akan lebih panjang, berterusan antara enam bulan hingga setahun, dan harga bitcoin dalam tempoh itu akan mencecah $100,000.
Unjuran para penganalisis di JPMorgan Chase dilihat lebih sederhana. Nilai mata wang kripto boleh terus bertambah, tetapi mungkin tidak begitu stabil, justeru mereka tidak boleh mencadangkannya sebagai satu aset penting, jelas JPMorgan. Untuk bitcoin pula, nilai paling wajar yang dianggar oleh penganalisis JPMorgan Chase adalah $35,000. Nilai yang diberikan itu adalah berdasarkan perbandingannya dengan emas, sedar dengan kadar turun naik mata wang kripto yang 4 kali lebih tinggi berbanding logam berharga itu. Walau bagaimanapun, jika kadar turun naik BTC turun kepada separuh, sasaran sebanyak $73,000 dilihat “agak munasabah."
Pengasas PayPal iaitu Peter Thiel juga ragu-ragu dengan kenyataan bahawa inilah masa yang tepat untuk membeli BTC. “Anda tahu, nilai bitcoin sudah pun mencecah $60,000 dan saya tidak pasti ia perlu dibeli secara agresif. Namun, sudah pasti, hal ini memberitahu kita bahawa sekarang kita berada dalam krisis,” Bloomberg memetik beliau berkata. Dalam masa yang sama, Thiel sekali lagi menyatakan kekesalan beliau tidak melabur lebih banyak wang ke dalam mata wang kripto pertama itu ketika harganya masih lagi rendah.
Kumpulan Analitik NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali