Ramalan Forex dan Matawang Kripto untuk March 26 - 30, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • 60% daripada penganalisis, dengan sokongan analisis graf pada D1, 100% daripada penunjuk trend dan 85% daripada pengayun pada H4, menjangka pertumbuhan EUR/USD, dan ramalan ini terbukti tepat. Pasangan ini menyempurnakan tugas ini secara pantas, dengan kenaikkan sebanyak 125 mata dalam Selasa, mencapai ketinggian 1.2475. Selepas itu, trend berubah dan pasangan ini kembali ke batasan koridor sisi jangka sederhana, yang merupakan lingkungan pergerakannya sepanjang 2018. Pasangan ini mengakhiri minggu lepas dalam zon Titik Pivot 1.2325;
  • GBP/USD. 40% daripada penganalisis dan 95% daripasa penunjuk menyokong bull pada minggu lepas, menanti penerusan trend menaik. Paras 1.4215 dan 1.4275 dinamakan sebagai paras-paras rintangan. 60% penganalisis lain meramalkan pasangan ini akan jatuh ke zon 1.4080. Keputusannya, kedua-dua ramalan ini telah berlaku, dengan sesuatu toleransi. Pertama sekali, pasangan ini naik ke 1.4243 dan kemudian berubah arah ke selatan, mencapai paras bawah tempatan dalam zon 1.4010, tidak jauh daripada paras pengakhir bagi minggu, 1.4015;
  • sungguhpun kebanyakan pakar meramalkan penerusan trend jatuh bagi jangka sederhana, satu pertiga daripada mereka menjangka suatu pembetulan. 10% daripada pengayun menyokong pendapat ini dan memberi isyarata bahawa pasangan ini telah terlampau dijual. Bagi analisis graf, sasaran yang dikenalpasti adalah ketinggian 107.00, yang mana dicapai oleh pasangan ini pada Rabu, March 28. Setelah itu, pasangan ini berubah arah dan jatuh ke 106.26 menjelang penghujung minggu;
  • sepanjang minggu lepas, matawang-matawang kripto telah bergerak selatan, sungguhpun pelbagai pengayun memberi isyarat bahawa mereka telah terlampau dijual. Para optimis mengelar kejatuhan ini sebagai pembetulan yang dipanjangkan, para pesimis mengatakan ini adalah permulaan bagi penghujung kenaikan matawang kripto. Apa yang telah berlaku adalah - pasaran kripto telah "menyusut" sebanyak 70% dalam tiga bulan 2018 dan permodalan semasanya adalah hanya 275 billion USD.
    Terdapat beberapa sebab bagi kejatuhan ini: terdapat serangan hacker yang berterusan terhadap bursa-bursa kripto dan dompet pelanggan, banyak projek-projek ICO yang gagal, dan tekanan yang semakin tinggi terhadap pasaran ini oleh pengawal selia. Pihak berkuasa China mengumumkan langkah-langkah tambahan pada hari Khamis, dan di Jepun, lima bursa menarik balik permohonan untuk perlesenan mereka, setelah sedar bahawa mereka tidak mampu memenuhi permintaan FSA - Agensi Perkhidmatan Kewangan negara ini.
    Hasil daripadanya, bitcoin jatuh ke paras 6520, Litecoin - jatuh ke 108.00, ripple - 0.45, dan Ethereum jatuh ke nilai Jun lepas, zon 365.0.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Majoriti besar pakar-pakar mengambil suatu kedudukan neutral, menunggu pasangan ini terus bergerak dalam saluran sisi jangka sederhana 2018. 60% daripada penunjuk trend dan pengayun, mencadangkan pasangan ini dijual, 40% - beli, atau kekal neutral. Dengan ini, kami menjangka pasangan ini akan kekal berada dalam saluran ini bagi separuh pertama minggu ini. Sokongan terdekat adalah dalam zon 1.2240, yang seterusnya 1.2155. Rintangan adalah pada paras 1.2445 dan 1.2535.
    Kemeruapan pasangan ini dijangka meningkat pada Rabu dan Khamis selepas penerbitan data pasaran pengguna Eropah dan maklumat mengenai mesyuarat ECB. Pasaran juga menanti data mengenai pasaran pekerjaan dari US pada hari Jumaat. Salah satu penunjuk yang penting adalah NFP yang menentukan bilangan pekerjaan baru yang diwujudkan selain sektor pertanian. Mengikut ramalan, angka ini mungkin jatuh sebanyak 35%, yang akan sangat melemahkan dolar. Oleh kerana data mengenai purata gaji dalam US akan diterbitkan pada masa yang sama dengan NFP, matawang US akan diberi sedikit sokongan.
  • GBP/USD. Seperti dengan kes EUR/USD, separuh daripada penganalisis meramalkan trend sisi. 50% daripada penunuk pada D1 menunjuk ke arah Timur. 30% daripada pakar dan 15 % daripada pengayun menyokong trend bull, meramalkan pasangan ini akan kembali ke paras 1.4245. 20% daripada penganalisis dan analisis pada D1 menyokong trend bear dan menjangka pasangan ini akan jatuh ke koridor 1.3780-1.3875. Perlu dinyatakan juga, bilangan penyokong bear meningkat ke 55% dalam tempoh sederhana;
  • USD/JPY. Penggunaan penunjuk adalah mustahil buat masa ini - bacaan mereka adalah suatu campuran warna hijau, merah dan neutral kelabu. 55% daripada pakar-pakar berpendapat trend menaik yang bermula pada minggu lepas akan berterusan dan pasangan ini akan naik ke 107.30. Sasaran yang seterusnya adalah 108.50.
    45% daripada penganalisis yang lain, dengan sokongan analisis graf pada D1, berpendapat pasangan ini tidak mampu melintasi paras rintangan 107.00 dan akan jatuh ke 104.65 terlebih dahulu dan kemudian lebih rendah ke zon 101.20-104.30.
  • Ramalan bagi pasangan-pasangan matawang kripto utama adalah seperti berikut.
    BTC/USD: pakar-pakar meramalkan trend menurun ke zon 5970 akan berterusan, dan dalam kes keruntuhan, jatuh ke 5425. Selepas ini, trend diramalkan bertukar arah dan kembali ke zon 8000, yang perlu mengambil masa dua sehingga tiga minggu untuk berlaku.
    Dinamik yang serupa diramalkan bagi pasangan-pasangan yang lain. ETH/USD: kejatuhan ke zon 200.00-275.00 dan seterusnya ke zon 500.00. LTC/USD - kejatuhan ke 85.00-105.25, kemudian lantunan kembali ke 173.80. XRP/USD - menurut pakar-pakar, pasangan ini akan mencapai paras bawah pada paras 0.25-0.30, dan selepas itu pasangan ini akan mengambil masa untuk kembali ke paras 0.63.

 


Para pedagang yang dihargai, syarikat brokeraj NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk menjana keuntungan dalam kedua-dua pertumbuhan dan kejatuhan matawang kripto, menggunakan nisbah leveraj sehingga 1:1000.

Deposit dan pengeluaran dana dalam USD, bitcoin dan Ethereum.

https://ms.nordfx.com/promo/tradecrypto.html

 

Roman Butko, NordFX

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.