Apa itu Forex? Ia adalah pasaran di kaunter yang besar bagi tukaran pelbagai matawang. Nilai perolehan hariannya melebihi 5 trilion dolar! (Sebagai perbandingan: nilai perolehan bagi seluruh pasaran saham di dunia “hanyalah” 80 bilion dolar, kurang hampir 60 kali ganda).
Forex diwujudkan bagi aktiviti komersial antarabangsa, namun kini bukan saja syarikat-syarikat yang menyertai aktiviti tersebut, malah mereka yang mempunyai akses dagangan seperti pedagang persendirian serta pelabur-pelabur yang mahu mengaut keuntungan daripada turun naik sebut harga juga boleh berbuat demikian.
Dalam artikel ini, kita akan mendalami sejarah pembentukan dan juga kemunculan pasaran tukaran matawang antarabangsa ini, pemain utama dalam pasaran, serta prinsip-prinsip dagangan.
Adakah Forex sebuah Bursa?
Seringkali anda menemui pendapat para pedagang yang mengatakan Forex adalah satu bentuk bursa. Hakikatnya, ia tidak benar. Bursa adalah satu platform berasingan untuk melakukan dagangan. Forex adalah pasaran di kaunter, dan tiada platform yang sama untuk menjalankan transaksi tukaran matawang.
Pada dasarnya, pasaran Forex adalah sebuah set bagi penggerak pasaran (bank-bank) yang menawarkan khidmat tukaran sesuatu matawang kepada semua orang. Sesetengah bank bergabung dan menjadi kumpulan penggerak yang lebih besar untuk meningkatkan kadar likuiditi mereka. Kemudian, sesiapa yang ingin menyertai dagangan boleh berhubung dengan penggerak pasaran dan mendapatkan akses kepada Depth of Market (jadual arahan bagi belian dan juga jualan matawang) mereka.
Sejarah Pasaran Forex
Kemunculan pasaran matawang antarabangsa moden yang ada sekarang adalah hasil usaha Presiden Amerika Syarikat ke-37 iaitu Richard Nixon. Beliau adalah tokoh yang menghapuskan emas sebagai standard dan memungkinkan penukaran matawang Amerika kepada emas.
Perjanjian Bretton Woods yang ditandatangani pada tahun 1944 telah menetapkan matawang dolar sebagai satu standard. Nilai matawang Amerika tersebut kemudiannya disandarkan kepada emas. Walau bagaimanapun, sistem itu hanya dapat bertahan selama 30 tahun saja.
Persetujuan Smithsonian yang ditandatangani pada tahun 1971 adalah salah satu respon yang dibuat akibat krisis ekonomi pada masa itu. Sebenarnya, dokumen inilah yang telah menyebabkan nilai matawang Amerika susut selepas itu. Perjanjian itu telah ditandatangani oleh 10 buah negeri di Institut Smithsonian.
Perjanjian ini menghasilkan tiga keputusan penting yang digambarkan bersejarah oleh Presiden Amerika itu. Pertama sekali, kriteria untuk menyemak semula kadar tukaran telah dipersetujui. Ini telah mengakibatkan penyusutan nilai dolar AS selepas itu. Dalam masa yang sama, nilai matawang lain-lain negara yang digelar sebagai “Group of Ten” melonjak naik berbanding dolar.
Satu lagi keputusan penting ialah menetapkan had bagi turun naik kadar tukaran. Perkara ini membolehkan kadar tukaran apung serta penurunan mendadaknya dikecualikan sementara.
Akhir sekali, Amerika Syarikat bersetuju untuk membatalkan surcaj duti asing sebanyak 10%. Hasil daripada perjanjian itu, harga emas melonjak kepada $38 setiap auns, kadar turun naik tukaran meningkat kepada 2.25% yang berkaitan dengan par, dan nilai kebanyakan matawang mengalami perubahan.
Walaupun pada hakikatnya Persetujuan Smithsonian itu memainkan peranan penting, namun Mesyuarat Kingston yang dihadiri oleh negara-negara ahli IMF telah meletakkan asas pada pasaran Forex moden. Mari lihat perubahan penting yang berlaku dalam sistem kewangan dunia:
- Pembatalan tukaran dolar kepada emas. Sejak daripada itu, tiada lagi matawang yang disandarkan mengikut standard emas. Emas dijadikan instrumen pada pasaran komoditi.
- Negara-negara ahli IMF boleh memilih sendiri rejim kadar tukaran mereka. Secara keseluruhan, terdapat tiga jenis utama: kadar apungan bebas, terhad (koridor untuk sesetengah matawang, dan terapung bagi yang lain-lain) dan juga tetap.
- Wujudnya kaedah pembayaran antarabangsa yang baru: SDR (Hak Pengeluaran Khas).
- Negara-negara mendapat lebih banyak peluang untuk menjalankan polisi kewangan bebas.
Peserta Utama Pasaran Forex
Peserta pasaran Forex termasuklah bank-bank, pelbagai organisasi kewangan dan dana, broker, pusat niaga, pedagang persendirian dan juga pelabur. Mari kita lihat lebih terperinci setiap satu daripadanya.
Bank pusat adalah antara peserta utama dalam pasaran matawang. Tugas utamanya adalah untuk mengekalkan kestabilan kadar tukaran matawang negara dan memenuhi matlamat ekonomi dan kewangan yang tertentu.
Realitinya pada zaman moden ini, Bank Pusat mempunyai beberapa mandat, antaranya ialah mencapai kadar inflasi atau pasaran buruh mengikut sasaran tertentu. Bank Pusat mencapai matlamat itu antara lainnya dengan mensasarkan (mengawal) kadar tukaran di arena antarabangsa.
Bank-bank pusat boleh mempengaruhi pasaran matawang menerusi campur tangan secara terus, mengubah kadar faedah mereka atau dengan pengaruh lisan (apabila para eksekutif memberi komen dengan menyatakan bahawa matawang negara mereka dinilai terlalu tinggi, atau sebaliknya, terlalu rendah).
Bank-bank komersial juga adalah pemain utama dalam pasaran matawang antarabangsa. Majoriti besar operasi adalah melaluinya. Mereka menjadi orang tengah untuk syarikat yang terlibat dalam aktiviti ekonomi asing. Bank komersial juga menjadi pengagregat dan juga penyedia likuiditi, iaitu sebagai penggerak pasaran.
Pelbagai organisasi kewangan dan dana juga turut tidak terkecuali. Sasaran mereka adalah untuk menambah modal pelanggan dan bekerja dengan aset. Antara yang terkenal adalah Quantum milik George Soros. Selain itu, organisasi lain yang terkenal termasuklah Berkshire Hathaway milik “Omaha Oracle”, iaitu Warren Buffett. Namun syarikat Buffett itu mungkin akan mengelak daripada menyertai strategi pelaburan yang berurusan dengan matawang. Mereka pasti menggunakan khidmat Forex untuk membeli sekuriti pada bursa saham tempatan.
Peniaga dan broker adalah satu lagi kumpulan peserta dalam pasaran Forex. Syarikat-syarikat ini menyediakan perkhidmatan kepada pedagang persendirian dan juga para pelabur. Para pelanggan boleh membuka akaun dagangan bersamanya, membuat transaksi menggunakan pelbagai platform dagangan, menyertai latihan, membuat analisis dan banyak lagi.
Apakah perbezaan antara broker dan pusat niaga? Paling utama ialah broker bertindak sebagai orang tengah antara pedagang dan pasaran. Pusat niaga juga adalah penggerak pasaran, namun mereka sendiri menjadi pasaran kepada pelanggannya.
Walau bagaimanapun, masih tiada lagi pusat niaga yang benar-benar asli sekarang. Umumnya, semua syarikat mencampuradukkan prinsip mereka. Bagi pelanggan dengan akaun dagangan serta nilai keuntungan yang kecil, mereka bertindak sebagai rakan niaga, bagi pedagang dan pelabur besar pula - mereka bertindak sebagai broker, menjadi perantara antara pedagang dengan penyedia likuiditi seperti bank-bank besar antarabangsa.
Pedagang dan Prinsip Asas Bekerja di Pasaran Kewangan
Seperti yang dinyatakan di atas, pedagang juga adalah peserta dalam pasaran Forex. Antara lain, mereka akan mengekalkan tahap likuiditi iaitu titik positif bagi dagangan matawang. Peserta pasaran ini menjalankan operasi dagangan mereka menerusi terminal dagangan yang disediakan oleh broker.
Sebelum mula berdagang, seseorang pedagang perlu menyiapkan diri dengan beberapa persediaan. Pertama, anda perlu belajar cara membuka akaun dagangan dan juga dengan siapa. Untuk tujuan ini, anda boleh membiasakan diri dengan keadaan dagangan yang disediakan oleh broker NordFX dan buka akaun bersama syarikat tersebut.
Skema dagangan Forex agak ringkas - buka akaun dagangan, muat turun terminal dagangan dan mula berdagang. Walau bagaimanapun, semua itu tidak cukup bagi menghasilkan dagangan Forex yang menguntungkan. Anda perlu menimba ilmu, menghasilkan sistem dagangan sendiri, masukkan wang ke dalam akaun dagangan dan pantau risiko dengan berhati-hati. Di NordFX, pindahan wang ke akaun dagangan boleh dibuat menggunakan kad dan akaun bank, serta melalui sistem bayaran elektronik dan juga matawang kripto.
Untuk platform dagangan pula, para penganalisis di NordFX telah memilih perisian paling popular dalam komuniti profesional - MetaTrader (MT4). Tambahan pula, platform seperti itu boleh diguna pada komputer (PC dan komputer riba) dan juga sistem operasi mudah alih paling popular (Android dan iOS).
Terminal MetaTrader adalah salah satu solusi dengan paling banyak fungsi yang ada di pasaran Forex. Ia memiliki banyak kit perkakas bukan saja untuk membuka posisi dan memantau sebut harga, malah untuk kerja-kerja menganalisis, berdagang menggunakan robot dan juga menguji strategi.
Selain itu, MetaTrader dibangunkan menggunakan bahasa sumber terbuka (open source language), ia membolehkan anda mencipta indikator, skrip dan juga program algoritma (penganalisis) sendiri yang akan membuat dagangan secara automatik.
Untuk berjaya dalam Forex, seorang harus membiasakan diri dengan aspek-aspek berikut:
- Jenis analisis pasaran.
- Guna perkakas analisis (grafik, indikator, rencana).
- Menghasilkan strategi dan sistem dagangan sendiri.
- Pelajari asas pengurusan wang dan risiko.
- Psikologi dagangan.
Dagangan dibuat dengan wang sebenar. Sebelum memulakannya, anda boleh merasai pengalaman sebenar dengan akaun demo. Ia adalah sejenis akaun latihan khas bukan saja untuk pedagang mempelajari terminal dagangan tanpa sebarang risiko kewangan, malah juga dapat menghasilkan strategi mereka sendiri.
Anda boleh buka akaun demo bersama syarikat broker NordFX. Semua sebut harga yang dipapar pada terminal akaun latihan tersebut adalah sebut harga sebenar. Justeru, anda boleh cuba mengalami sendiri keadaan sebenar di pasaran.
Setelah selesai dengan latihan, anda perlu meletakkan wang ke dalam akaun dagangan sendiri supaya anda boleh mula berdagang. Seperti yang dinyatakan di atas, strategi dagangan adalah perlu. Ia membolehkan pedagang membuat unjuran terhadap turun naik aset di pasaran Forex.
Strategi seperti itu boleh dipinjam atau dihasilkan sendiri oleh pelanggan broker, jika mereka memiliki ilmu yang cukup. Strategi paling popular dikalangan pedagang adalah taktik dagangan indikator yang diolah berdasarkan analisis teknikal indikator.
Mudah untuk mencari strategi tersebut pada terminal MT4. Namun anda perlu benar-benar memahami cara ia berfungsi sebelum menggunakannya. Buat masa sekarang, instrumen seperti itu terbahagi kepada empat kumpulan utama:
- Trend.
- Pengayun.
- Indikator volum.
- Indikator yang menggambarkan turun naik dan kekuatan sesuatu trend.
Berdagang dengan platform dagangan MetaTrader, anda boleh gabungkan satu atau lebih indikator yang ada padanya dengan indikator yang dihasilkan sendiri atau oleh pedagang lain secara serentak.
Cadangan Dalam Dagangan Forex
Terlalu banyak strategi dagangan yang bagus untuk berjaya dalam dagangan. Penting untuk mematuhi peraturan dan cadangan tertentu yang kami berikan di bawah ini.
Fahami aset dengan teliti.
Sebelum mula menggunakan sesuatu matawang, anda perlu benar-benar faham mengenainya. Adalah penting untuk memberi perhatian bukan saja pada carta, malah pada jadual peristiwa serta terbitan ekonomi yang penting. Antaranya, sebagai contoh, mesyuarat Bank-Bank Pusat, indeks aktiviti perniagaan, data pasaran buruh, statistik inflasi.
Walaupun anda tidak merancang untuk mendalami berita dagangan pada masa hadapan, anda perlu tahu bilakah ianya dikeluarkan kerana pada tarikh dan masa itulah nilai dan kadar turun naiknya meningkat secara mendadak di pasaran kewangan.
Bekerja dengan teratur.
Masalah paling besar bagi pedagang baru adalah mereka tidak tahu cara bekerja dengan teratur. Walaupun mereka memiliki strategi yang agak menarik dan menguntungkan, peserta pasaran yang dipengaruhi emosi biasanya akan melencong daripada persediaan asal dan kemudian berdagang secara membuta tuli. Akhirnya, mereka mengalami kerugian dengan mudah dan cepat.
Dalam berdagang, disiplin adalah kunci utama. Pedagang yang tidak berdisiplin tidak akan berjaya. Mereka yang benar-benar teratur dalam dagangan yang dibuat memiliki kebarangkalian lebih tinggi untuk melipatgandakan deposit mereka.
Mengawal emosi.
Keadaan emosi dan psikologi memainkan peranan penting semasa berdagang. Anda perlu mahir untuk tidak berfikir secara negatif ketika bekerja. Kesalahan yang sering dibuat kebanyakan pedagang adalah, mereka mula berdagang untuk mendapatkan semula modal setelah mengalami kerugian dalam satu atau lebih dagangan. Perkara sama juga berlaku sebaliknya – dipengaruhi sifat tamak, seseorang itu akan terus membuat dagangan walaupun pada hakikatnya dia perlu berhenti.
Pedagang profesional membuat keputusan hanya berdasarkan pada situasi yang berlaku pada carta, analisis yang mereka buat serta dagangan bersistem. Emosi bukan salah satu daripadanya. Jika anda gagal untuk mengawal emosi, adalah lebih baik untuk anda menggunakan kelebihan dagangan automatik atau sosial yang disediakan broker NordFX kepada para pelanggan mereka - dagangan dibuat oleh robot penganalisis pada MT4 dan juga akaun PAMM, serta menyalin dagangan pedagang berpengalaman secara automatik pada sistem Salin Dagangan.
Kembali Kembali