Keputusan Jun: Emas Membawa Untung Besar Kepada Pedagang di 3 Tempat Teratas

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Jun 2024. Disamping itu, servis dagangan sosial PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

  • Berada di kedudukan teratas untuk bulan ini adalah seorang pedagang dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1773XXX dengan pulangan sebanyak USD 82,933. Hasil “menggunung” yang memberangsangkan ini berjaya dicapai menerusi dagangan emas (XAU/USD), instrumen yang menjadi kegemaran dalam kalangan pedagang NordFX paling berjaya.
  • Di tempat kedua, dengan keuntungan sebanyak USD 59,135, adalah seorang lagi wakil dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1771XXX yang berjaya menerusi gandingan “emas” XAU/USD.
  • Seorang pedagang dari Asia Barat, pemilik akaun No. 1774XXX berjaya menduduki tempat ketiga dengan pulangan sebanyak USD 58,653 hasil transaksi emas pada bulan Jun.

Untuk khidmat pelaburan pasif NordFX, berikut adalah perkembangannya:

  • Untuk servis PAMM, beberapa syarikat startup telah mencuri perhatian disebabkan aktivitinya. Akaun AI Scalping Master High Risk menunjukkan kadar pulangan 100% tepat-tepat dalam masa 100 hari, manakala Zenix 786 pula mencapai kadar pulangan 72% dalam tempoh 99 hari. Keputusan ini memang memberangsangkan, namun kadar susut maksimum kedua-dua pengurus juga agak besar - masing-masing adalah 46% dan 36%. Justeru, perkataan “High Risk” dalam nama akaun pertama bukanlah hanya sekadar nama tetapi satu amaran bahawa dagangan di pasaran kewangan adalah berisiko. Para pelabur perlu lebih berhati-hati apabila mengamanahkan wang pada mana-mana pengurus.
  • Untuk CopyTrading, kami terus memerhatikan prestasi isyarat yahmat-forex yang baru-baru ini menyambut ulang tahunnya. Sepanjang 372 hari, penyedia isyarat ini telah berjaya menunjukkan pulangan sebanyak 467% dengan kadar susut maksimum 47%. Dalam kalangan syarikat startup, isyarat AA Strategy menjadi perhatian, dengan pulangan sebanyak 299% dalam masa hanya dua bulan, namun kadar susutnya adalah melebihi 63%.

Apabila mempertimbangkan untuk melanggan sesuatu isyarat, selain daripada kadar untung dan susut, kami nasihatkan untuk beri perhatian kepada modal pengurus itu sendiri. Sebagai contoh, dalam kes AA Strategy, modalnya hanyalah USD 142. Sekarang bayangkan anda melanggan isyarat ini dengan lot sama (1:1), namun modal permulaan anda bukanlah USD 142 tetapi USD 425, iaitu tiga kali lebih tinggi. Dalam perkara ini, kadar susut anda hanyalah 21% daripada jumlah deposit, walaupun jumlah untung juga akan berkurang daripada 299% kepada kira-kira 100%. Walau bagaimanapun, menggandakan modal anda dalam masa hanya dua bulan masih lagi satu keputusan yang agak cemerlang.

Perlu diketahui di sini bahawa tujuan perkara tersebut dijelaskan bukanlah untuk meyakinkan anda agar melanggan kepada sesuatu isyarat tetapi untuk mengingatkan anda tentang peraturan asas dalam pengurusan wang serta cara untuk mengurangkan risiko kewangan.

Dalam perkongsian IB NordFX, tiga tempat teratas adalah seperti berikut:

  • Tempat pertama menjadi milik seorang rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun No. 1645XXX yang menerima ganjaran sebanyak USD 34,454 untuk bulan Jun;
  • Di tempat kedua pula adalah seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1565XXX yang menerima komisen sebanyak USD 5,962;
  • Mengakhiri tiga tempat teratas adalah seorang lagi wakil dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1576XXX yang memperoleh USD 5,429 untuk bulan ini.

 

Notis: Material ini bukanlah cadangan atau panduan pelaburan bagi menyertai pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.


Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.