Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Oktober 2021. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh syarikat-syarikat perkongsian IB juga turut dinilai.
Tidak dinafikan lagi pedagang dari India, pemilik akaun No. 1556XXX telah menjadi pedagang terbaik untuk bulan lalu, memperoleh pulangan sebanyak USD 169,533. Keputusan terbaik ini dicapai hasil dagangan Pound British (GBP/USD).
Tempat kedua podium menjadi milik seorang pedagang dari China, pemilik akaun No.1593XXX dengan keuntungan sebanyak USD 38,124. Keuntungannya itu adalah hasil operasi dagangan ke atas emas (XAU/USD), bitcoin (BTC/USD), serta NASDAQ100 (USTEC.C). Untuk pengetahuan, ini adalah pertama kali sejak awal tahun seorang pedagang yang membuat dagangan indeks saham berjaya menduduki tiga tempat teratas.
Pedagang dari Vietnam, pemilik akaun No.1416XXX pula menduduki tempat ketiga. Beliau memperoleh USD 37,116 pada bulan Oktober untuj transaksi ke atas pasangan XAU/USD dan juga EUR/AUD.
Bagi khidmat pelaburan pasif:
- seperti bulan lalu, isyarat The Compass oleh KennyFXPRO mencuri tumpuan. Ia telah menunjukkan pertumbuhan nilai sebanyak 108% sejak November 2020. Sekali pandang, ini bukanlah hasil yang memberangsangkan (walaupun ia 10 kali lebih tinggi berbanding faedah simpanan bank). Namun jika digabung dengan pengunduran maksimum sederhana sebanyak 22%, isyarat ini dilihat agak menarik bagi mereka yang telah melabur lebih daripada USD 75,000 di dalamnya.
Perhatian juga boleh diberikan kepada isyarat TheSkyAngle. Ia menunjukkan keuntungan sebanyak 76.64% dalam masa hanya dua minggu terakhir bulan Oktober dengan pengunduran maksimum sebanyak 10.47%. Keputusan yang baik ini adalah hasil transaksi ke atas pasangan EUR/JPY dan GBP/USD terutama sekali. Walau bagaimanapun, isyarat ini ada kekurangannya: ia memiliki jangka hayat yang pendek. Justeru, sesiapa yang ingin melanggan perlulah berhati-hati.
Sudah tentu, terdapat juga isyarat yang panjang jangka hayatnya dalam servis CopyTrading. Sebagai contoh, isyarat MF989923 yang dicipta berdasarkan pada salah satu sistem dagangan Academy MasterforeX-V. Jangka hayatnya adalah kira-kira 2,500 hari dan telah menjana keuntungan sebanyak 510% (purata untung sebanyak 0.2% setiap hari). Namun, perlu diingat bahawa ia juga memiliki pengunduran yang teruk sehingga mencecah 66% dan ianya telah berlaku beberapa kali sejak 7 tahun isyarat ini dihasilkan.
- Dalam servis PAMM NordFX dan juga CopyTrading, anda boleh menyemak pengurus dengan nama panggilan KennyFXPRO. Mereka telah menambah jumlah modal di dalam akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA sebanyak 53% sejak bulan Januari 2021, dengan pengunduran kurang daripada 16%.
Pelabur yang lebih gemarkan pulangan dan risiko sederhana mungkin boleh merujuk pada akaun TranquilityFX-The Genesis v3 yang telah memperoleh 34.5% sejak 3 April lalu dengan pengunduran sebanyak 16.7%.
Dalam kalangan perkongsian IB, 3 TEMPAT TERATAS NordFX adalah seperti berikut:
- USD 8,841 adalah komisen terbesar yang telah dikreditkan ke dalam akaun No.1258ХXХ milik seorang rakan kongsi dari Vietnam;
- seterusnya adalah rakan kongsi dari India, pemilik akaun No.1504XXX yang memperoleh USD 4,132 dalam tempoh sebulan;
- dan akhir sekali, rakan kongsi dari China, pemilik akaun No.1336ХХХ yang memperoleh USD 4,087 sebagai ganjaran telah menduduki tempat ketiga.
***
Menyimpulkan keputusan bulan lalu, harus diingat para pedagang telah menerima satu lagi peluang untuk menjana wang mereka. NordFX telah mengadakan Cabutan Bertuah Super untuk pelanggan NordFX pada tahun ini, di mana wang kemenangan adalah antara $500 dan $20,000 yang akan dicabut tidak lama lagi.
Amat mudah untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah tersebut bagi mendapatkan peluang memenangi satu atau lebih daripada hadiah-hadiah yang disediakan. Butir-butir lanjut boleh didapati di laman web NordFX.
Kembali Kembali