Keputusan Bulan September: Keuntungan 3 Pedagang Teratas NordFX Hampir USD 550,000

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan September 2021. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh syarikat-syarikat perkongsian IB juga turut dinilai.

 

Keuntungan paling tinggi untuk bulan pertama musim bunga telah diperoleh pelanggan dari India, pemilik akaun No.1584XXX, dengan keuntungan hampir USD 300,000, atau lebih tepat lagi USD 291,944. Seperti yang analisis tunjukkan, instrumen dagangan utama yang diguna pedagang tempat teratas ini masih lagi pasangan pound British (GBP/USD, GBP/CHF, GBP/AUD). Pemenang rating tertinggi bulan September ini juga ada menggunakan pasangan lain, sebagai contoh EUR/NZD.

Tempat kedua podium dimiliki wakil dari China, pemilik akaun No. 1397XXX. Hasil yang diperoleh hampir separuh daripada pedagang di tempat pertama, tetapi jumlahnya masih lagi mengagumkan iaitu sebanyak USD 159,241, dan ia adalah hasil daripada pasangan meruap yang sama termasuklah mata wang British: GBP/USD dan GBP/JPY.

Seorang pedagang dari Vietnam, pemilik akaun No.1499XXX yang menduduki tempat ketiga juga menggunakan pasangan GBP/JPY dengan banyak. Keuntungan yang diperolah pada akhir bulan adalah sebanyak USD 93,610.

Bagi khidmat pelaburan pasif:

  • Kedudukan teratas untuk CopyTrading telah berubah. Kini ia milik isyarat SHASK VN yang disebar secara agresif dari Vietnam. Ia menunjukkan hasil sebanyak 435% ke atas urusan minyak mentah (72% daripada keseluruhan) dan juga emas (21%) dalam tiga hari terakhir bulan September saja. Dalam masa yang sama, pengunduran maksimum sepanjang tempoh jangka hayat isyarat ini adalah hampir 63% daripada jumlah deposit, menjadikan langganannya dianggap sebagai berisiko  tinggi.

Bagi isyarat yang menduduki tempat teratas antara Julai-Ogos, BangBigBosStop1, bulan pertama dalam musim bunga tidak menunjukkan begitu banyak hasil. Ia mengalami kerugian sebanyak 6% dalam bulan September. Namun, tiada apa-apa yang kritikal dengannya, jumlah untung yang diperoleh dalam tempoh lima bulan adalah 668%. Namun, walaupun dengan kelebihan yang dimiliki isyarat ini, pengunduran maksimum sebanyak 58% juga menjadikan ia tergolong dalam kelompok berisiko tinggi.

Untuk isyarat yang kurang berisiko dan kurang memberikan keuntungan, anda boleh melihat pada KennyFXpro-The Compass, contohnya. Isyarat ini telah menunjukkan keuntungan sebanyak 135% dengan pengunduran sekitar 29% sejak November lalu.

  • Melihat pada nama, orang yang sama juga bertindak sebagai pengurus dalam servis PAMM NordFX. Dengan gelaran KennyFXpro-The Multi 3000 EA, ia telah menambah jumlah modalnya sebanyak 42% dengan pengunduran kurang daripada 15% sejak Januari 2021.

Terdapat juga pengurus lain yang kurang berisiko ditawarkan pada servis PAMM. Contohnya, pertambahan modal di bawah pengurus TranquilityFX-The Genesis v3 adalah melebihi 26% sejak enam bulan lalu dengan pengunduran maksimum kira-kira 10%.

Dalam kalangan perkongsian IB, 3 TEMPAT TERATAS NordFX adalah seperti berikut:

  • komisen terbesar untuk bulan September, USD 8,710, telah dikreditkan kepada rakan kongsi dari India, pemilik akaun No.1258ХXХ;
  • tempat kedua adalah rakan kongsi dari Filipina, pemilik akaun No.1352ХХХ yang memperoleh USD 6,384;
  • dan akhir sekali, rakan mereka dari China (pemillik akaun No.1336XXX) menduduki tempat ketiga, memperoleh komisen sebanyak USD 5,992.
Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.